Tiada perbincangan rasmi antara PN dengan GTA hadapi PRU15, kata Hamzah Zainudin
Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin. (Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin berkata gabungan berkenaan belum mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Secara rasmi belum ada tetapi antara wakil-wakil mungkin ada. Risik merisik itu biasa dalam politik buat masa ini. Pihak atasan belum buat keputusan sama ada perbincangan ini boleh dijalankan secara rasmi," katanya kepada wartawan ketika ditanya mengenai perbincangan antara PN dengan GTA bagi menghadapi PRU15.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran duit syiling peringatan sempena Ulang Tahun Jubli Emas Jabatan Sukarelawan (RELA) ke-50 pada Selasa (25 Okt).
Pada Sabtu (22 Okt) lalu, Timbalan Pengerusi Penaja GTA Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.
Encik Mukhriz dilaporkan berkata pihaknya terbuka untuk bergabung sama ada dengan PN atau Pakatan Harapan.
GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman).
Sementara itu, mengulas mengenai permohonan penubuhan GTA yang dikatakan tidak diluluskan, Encik Hamzah berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.