Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada perbincangan mengenai kumpulan sokong Ismail Sabri rebut jawatan presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO, Annuar Musa berkata tiada perbincangan mengenai barisan kepimpinan tertentu dalam parti yang menyokong Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob bertanding bagi merebut jawatan presiden parti itu.

“Kami tidak pernah membincangkan perkara ini, saya tahu ada orang yang menyebarkan barisan kepimpinan itu. Saya rasa kami mempunyai banyak masa untuk memikirkan semua perkara itu tetapi kami tidak pernah duduk bersama dan membincangkan mengenai kedudukan barisan pemimpin dan pertandingan.

“… kami mempunyai masa yang amat terhad dan banyak tugas yang perlu dilaksanakan," kata beliau kepada para wartawan ketika ditanya mengenai satu poster senarai kepimpinan baru UMNO tersebar di media sosial yang dinamakan “Saf Kepimpinan UMNO Selepas Pemilihan”.

Poster itu antara lain memaparkan Encik Ismail Sabri sebagai presiden dan Encik Annuar sebagai timbalan presiden manakala Hishammuddin Hussein, Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin sebagai naib presiden.

Encik Annuar berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia Sempena Sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Kuala Lumpur pada Ahad (3 Jul).

Ketika ditanya mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri seperti yang diutarakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Encik Annuar berpandangan permintaan pelantikan itu tidak salah.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.

“Saya rasa tidak salah untuk meminta...tapi asasnya adalah pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri,” kata beliau.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan