Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada perbincangan mansuhkan sekolah vernakular, kata Dr Wan Azizah

Tidak ada sebarang perbincangan oleh kerajaan berhubung cadangan menghapuskan sekolah vernakular, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada perbincangan mansuhkan sekolah vernakular, kata Dr Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 May 2019 02:15PM Dikemas Kini : 25 May 2019 02:19PM

BUKIT MERTAJAM: Tidak ada sebarang perbincangan oleh kerajaan berhubung cadangan menghapuskan sekolah vernakular, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu berkata cadangan berhubung perkara berkenaan yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga tidak pernah dibawa atau diusulkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, berkata beliau sudah lama menyedari desakan dan cadangan perkara berkenaan, bagaimanapun sehingga kini masih belum dibincangakan dengan lebih terperinci.

"Sebenarnya kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia sebenarnya memberi kelebihan kepada masyarakat di negara ini untuk belajar pelbagai bahasa. Apa salahnya kita belajar bahasa Mandarin, Tamil, Inggeris, malah ini sebagai aset negara.

"Sewaktu kunjungan saya ke Geneva baru-baru ini, mereka di sana boleh bercakap sehingga lima bahasa, jadi apa salahnya kita belajar bahasa Tamil dan Mandarin, Inggeris ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Yayasan Aman di Penanti pada Jumaat (24 Mei).

Dr Wan Azizah berkata demikian mengulas desakan NGO menerusi satu memorandum, yang mencadangkan kepada kerajaan supaya menghapuskan sekolah vernakular di Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

Memorandum itu adalah susulan daripada kenyataan Maszlee mengenai kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat pekerjaan, baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menyambut baik kritikan yang dilemparkan oleh Penasihat Media Perdana Menteri, A Kadir Jasin supaya mana-mana menteri, menteri besar dan anggota exco kerajaan negeri yang kurang menyerlah meletak jawatan mereka secara sukarela.

“Saya menyambut baik kritikan itu dan kita akan cuba baiki sebaiknya,” katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan