Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada penerbangan terjejas di KLIA susuli gangguan bekalan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:

SEPANG: Tiada penerbangan dilapor ditangguhkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa kejadian gangguan bekalan elektrik pada Rabu (27 Jul), yang menjejas beberapa kawasan di Malaysia termasuk Sepang.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Iskandar Mizal Mahmood berkata semua penerbangan dari dan tiba di KLIA menepati masa.

“Bagi KLIA, saya difahamkan kesemua 21 penerbangan keluar, 21 masuk menepati masa. Satu-satunya perkara yang saya fikir berlaku mungkin kelewatan dari segi bagasi,” katanya pada Jumaat (29 Jul). 

Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia bermula 12.39 tengah hari Rabu (27 Jul), termasuk di Lembah Klang, Melaka dan Pahang.

KLIA juga dilaporkan dalam keadaan malap sebelum bekalan kuasa dipulihkan secara beransur-ansur mengikut lokasi di lapangan terbang berkenaan kira-kira lima minit kemudian.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan