Tiada penerbangan antarabangsa Qantas hingga Oktober
yarikat penerbangan Australia, Qantas, mengalami kerugian AS$5.5 bilion (S$7.3 bilion) pada hasil pendapatannya dalam separuh kedua 2020.
Gambar: DANIEL MUNOZ/REUTERS
SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas, mengalami kerugian AS$5.5 bilion (S$7.3 bilion) pada hasil pendapatannya dalam separuh kedua 2020 dan menyatakan penerbangan antabangsa tidak akan disambung semula sehingga bulan Oktober sedang pandemik COVID-19 terus mencengkam industri penerbangan.
Syarikat penerbangan terbesar negara itu menyatakan ia mengalami kerugian yang tidak diduga bernilai A$1.1 bilion (S$1.15 bilion) dalam tempoh enam bulan hingga 31 Disember, dengan kerugian berkanun sebanyak A$1.5 bilion (S$1.57 bilion).
"Jumlah itu sangat besar tetapi ia tidak mengejutkan," kata CEO Qantas, Alan Joyce.
"Setahun lalu, tidak seorang pun yang tahu betapa besarnya kesan COVID-19 ke atas dunia atau penerbangan. Jelas lebih teruk daripada yang dijangkakan," kata beliau.
"Penutupan sempadan bermakna kita kehilangan 100 peratus penerbangan antabangsa dan 70 peratus penerbangan domestik - tiga suku daripada pendapatan kita, sekitar A$7 bilion (S$7.35 bilion), hilang begitu saja."
"Ia adalah jumlah yang besar, mungkin jumlah lebih besar berbanding syarikat-syarikat lain di Australia disebabkan COVID-19," kata beliau semasa sidang media.
Encik Joyce menangguhkan tarikh untuk menyambung semula penerbangan antarabangsa dari Julai kepada hujung Oktober. Namun beliau berkata kos meletakkan pesawat-pesawat di lapangan terbang sebahagian besarnya diimbangi dengan operasi penghantaran kargo yang semakin meningkat.
Dengan kejayaan Australia membendung pandemik itu, Qantas berhasil menjana 60 peratus kapasiti domestik sebelum COVID-19 menjelang hujung bulan Mac dan 80 peratus menjelang hujung Jun.
Qantas mengalami kerugian AS$1.9 bilion (S$1.99 bilion) bagi tahun yang berakhir 30 Jun sedang pandemik menjerut ekonomi global.
Encik Joyce berkata seramai 8,500 kakitangan akan kehilangan pekerjaan disebabkan krisis tersebut dan lagi 7,500 akan terus digantung kerja sehingga penerbangan antarabangsa disambung semula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.