Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada masalah adakan PRU15 jika semua pihak bersedia, kata Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada masalah adakan PRU15 jika semua pihak bersedia, kata Ismail Sabri

(Gambar: Facebook/Ismail Sabri Yaakob)

SERDANG: Sekiranya semua pihak bersedia untuk pilihan raya, tiada masalah untuk kerajaan membubarkan Parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Begitupun, Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya masih belum bersedia dan kerajaan sedia ada kekal, beliau menegaskan akan mempertimbangkan tarikh pilihan raya dengan meneliti isu-isu rakyat terlebih dahulu.

Tegasnya, pilihan raya tetap akan diadakan cuma buat masa ini, tarikhnya masih belum ditentukan.

"Saya dah sebut dah. Pilihan raya akan tetap diadakan cuma tarikh itu akan ditentukan tapi kalau ada tindakan tarik sokongan sebelum tarikh ditentukan, kita akan ambil tindakan.

"Sama ada adakan pilihan raya atau tidak, maka kita akan tentukan selepas ini tapi perkara ini tidak dikeluarkan oleh parti, kenyataan tidak dikeluarkan secara rasmi daripada parti.

"Jadi mungkin satu dua orang saja yang mengeluarkan kenyataan dan ada dalam kalangan ahli parti berkata, ini tidak dibawa ke dalam mesyuarat. Itu mungkin pandangan peribadi," katanya, seperti dinukil Astro AWANI. 

Tambah Encik Ismail Sabri, kerajaan sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan pada masa kini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) di MAEPS Serdang pada Sabtu (6 Ogos). 

Media sebelum ini melaporkan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Encik Ismail Sabri membatalkan pertemuan dengan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin pada saat-saat akhir.

Pertemuan itu yang dijadual pada Jumaat (5 Ogos) dimaklumkan berhubung perjanjian ditandatangani antara PN dan Naib Presiden UMNO itu sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Situasi tersebut menyebabkan timbul khabar angin mendakwa PN mungkin menarik sokongan kepada Perdana Menteri susulan konflik tersebut, lapor Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan