Tiada makluman Tengku Zafrul keluar UMNO, kata Ahmad Zahid
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu (14 Dis) berkata, beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata, setakat ini Tengku Zafrul juga tidak ada bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu.
“Jadi kita tak dapat mengesahkan berita berkenaannya,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ke-4 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media yang mendakwa Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor baharu.
Encik Ahmad Zahid berkata, parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya mengambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga ‘hati’ parti masing-masing.
Justeru beliau menasihati semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menjaga perpaduan yang terbina dalam gabungan tersebut sebaiknya.
Malah beliau turut mengingatkan ahli dan pemimpin parti untuk mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi masing-masing.
“Apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan. Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli-ahli menilai integriti seseorang itu,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.