Tiada logo UMNO, DAP pada kertas undi PRN nanti, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO

(Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Tiada logo UMNO atau DAP akan dipaparkan dalam kertas undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Ahmad Maslan.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata hanya dua parti utama yang diputuskan akan bertanding pada PRN itu nanti, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), bagi menentang Perikatan Nasional (PN).
“Saya hanya nak beri kefahaman kepada pengundi di luar sana bahawa tiada logo UMNO atau logo DAP dalam PRN ini, kerana kita bertanding itu berkumpulan dalam parti Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Putrajaya pada Jumaat (26 Mei).
Encik Ahmad sebelum ini dilaporkan meminta ahli UMNO mengundi calon DAP di kawasan masing-masing pada PRN akan datang, bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.
Enam negeri yang bakal mengadakan PRN adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.