Skip to main content

Dunia

Tiada laporan warga SG terjejas dalam letupan Istanbul: MFA

Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (14 Nov), mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas letupan bom di Istanbul, sambil menyampaikan takziah kepada mereka yang terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada laporan warga SG terjejas dalam letupan Istanbul: MFA

Pasukan keselamatan dan ambulans dikerahkan ke tempat kejadian selepas satu letupan berlaku di Istiklal Avenue, kawasan beli-belah popular di Istanbul, pada 13 November 2022. (Gambar: Emrah Gurel/AP)

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (14 Nov), mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas letupan bom di Istanbul, sambil menyampaikan takziah kepada mereka yang terjejas.

Enam maut dalam letupan di Istiklal Avenue, sebuah kawasan tumpuan orang ramai membeli belah di tengah ibu kota Istanbul.

81 yang lain cedera setakat ini dalam kejadian yang disifatkan Presiden Turki Tayyip Erdogan sebagai satu serangan bom yang "ada kaitan dengan pengganasan".

Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Isnin berkata seorang suspek sudah ditahan dan menuduh Parti Pekerja Kurdistan melancarkan serangan bom maut itu.

"Singapura mengutuk keras letupan bom di Istikal Street pada 13 Nov, 2022, yang menyebabkan korban jiwa dan banyak lagi yang cedera, tambah kenyataan MFA itu lagi.

"Kami ucap takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera cepat sembuh."

MFA menambah kedutaannya di Ankara sudah menghubungi rakyat Singapura di Istanbul yang mendaftar secara elektronik atau e-daftar bersamanya.

"Buat masa ini tidak ada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat letupan itu."

MFA menggesa rakyat Singapura di Turki supaya sentiasa berwaspada dan memantau berita tempatan dengan teliti dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang melancong ke Turki digalak mendaftar dengan MFA.

Warga Singapura yang perlu mendapatkan bantuan konsular dengan menghubungi kedutaan Singapura di Ankara +90 530 066 7311.

Mereka juga boleh menghubungi pejabat bertugas MFA di talian +6563798800/+6563798855.
Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita