Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis

Polis Johor tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan seorang bekas pekerja ATA IMS Bhd dipukul semasa disosial siasat di sebuah balai polis pada Jun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 03:35PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 03:38PM

JOHOR BAHRU: Polis Johor tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan seorang bekas pekerja ATA IMS Bhd dipukul semasa disosial siasat di sebuah balai polis pada Jun lalu.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pekerja berkenaan mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang terlibat, seperti yang dilaporkan menerusi rencana berita Reuters pada Khamis lalu (25 Nov).

“Polis Johor mengesahkan sehingga hari ini (27 Nov), tiada sebarang laporan polis diterima berkenaan seorang bekas pekerja ATA IMS Bhd yang didakwa dipukul ketika disoal siasat.

“Bagaimanapun, kita ambil maklum tentang isu ini dan akan menjalankan siasatan sekiranya wujud seperti apa yang dilaporkan (dalam Reuters),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 25 November lalu, Reuters melaporkan Dyson Operations Pte Ltd dan Dyson Manufacturing Sdn Bhd menamatkan kontrak dengan syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), ATA IMS, berikutan audit terhadap amalan buruh yang diterima.

Reuters, menerusi rencana berita itu turut memaklumkan bahawa seorang bekas pekerja ATA IMS yang ditemu bual, mendakwa telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat kerana berkongsi maklumat tentang keadaan kilang itu kepada aktivis sebelum dipukul oleh pihak polis.

Menurut ATA IMS dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 25 November lalu, Lembaga Pengarahnya mengambil perhatian mengenai artikel berita itu dan rujukan telah dibuat melibatkan penamatan tiga kontrak dengan anak syarikat milik penuhnya, ATA Industrial (M) Sdn Bhd (ATAIM), yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 serta audit amalan buruh syarikat.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan