Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada lagi premis judi, loteri di Kedah bermula 1 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi premis judi, loteri di Kedah bermula 1 Jan

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Diterbitkan : 01 Jan 2023 11:38PM Dikemas Kini : 01 Jan 2023 11:39PM
ALOR SETAR: Bermula Ahad (1 Jan), tiada lagi premis perjudian dan loteri di negeri Kedah selepas operasi mereka tamat sepenuhnya pada Sabtu (31 Dis) susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.

Justeru, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu diarah memantau dan memastikan semua premis berkenaan tidak lagi menjalankan operasi mereka.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata operasi semua premis itu di Kedah tamat apabila kerajaan negeri memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian bermula Ahad pada November 2021.

"Semua penguat kuasa PBT diarah memeriksa kedai judi dan loteri untuk memastikan tidak ada yang dibuka hari ini, kita mungkin tidak tahu jika ada premis judi yang masih beroperasi.

"Semua lesen mereka tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi perbaharui lesen judi ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas, pada Ahad.

Untuk rekod, Encik Muhammad Sanusi mengumumkan pemberhentian kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 14 November 2021.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan