Tiada kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di M'sia sejak 19 Nov
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi tempoh 19 November lalu hingga kini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata 14 kes COVID-19 dikesan bagi tempoh 11 hingga 18 November dan kesemua mereka sudah tamat menjalani tempoh pengasingan serta pulang ke rumah masing-masing.
"Kes penyakit berjangkit mula dipantau sejak 11 November apabila beberapa kejadian banjir berlaku. Secara keseluruhan, sebanyak 12 kes gastroenteritis akut (AGE), 207 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), lapan (8) kes konjuntivitis, 134 kes jangkitan kulit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS.
"Tiada kes tifoid, kolera, leptospirosis penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir sehingga hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin (12 Dis).
Sehingga pukul 9.00 pagi Isnin, 29 PPS dibuka di lima negeri yang dilanda banjir melibatkan lima PPS di Kelantan, Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1) dan Johor (1).
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata bilangan kes baru COVID-19 pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 tahun ini merosot 24.9 peratus iaitu daripada 14,558 kes kepada 10,937 kes bagi tempoh 4 hingga 10 Disember.
Beliau berkata daripada jumlah itu, kes tempatan berkurangan 24.9 peratus kepada 10,923 kes berbanding 14,543 kes dan kes import turun daripada 15 kes kepada 14 kes, manakala bilangan kes kematian pada ME ke-49 jatuh 30.6 peratus daripada 62 kes kepada 43 kes.
KKM juga memaklumkan nilai RT pada minggu berkenaan adalah 0.86 bagi seluruh negara.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.