Skip to main content

Dunia

Tiada kerakyatan bagi warga asing yang beli rumah RM600,000 di M'sia

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 (S$197,000) bertujuan mengurangkan bekalan kondominium dan pangsapuri tidak terjual.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kerakyatan bagi warga asing yang beli rumah RM600,000 di M'sia

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Stanislav Krasilnikov/AFP)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 01:37PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 05:57PM

LANGKAWI: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 (S$197,000) bertujuan mengurangkan bekalan kondominium dan pangsapuri tidak terjual.

Beliau turut menegaskan warga asing yang membeli rumah berkenaan tidak akan diberikan kerakyatan.

"Kalau orang tempatan nak beli pun boleh jual dengan harga itu juga tetapi kita ada bekalan berlebihan. Kita sudah membangunkan rumah dengan banyak dan sekarang ini, tidak dijual. Apabila sesuatu projek perumahan tak dijual ia menyebabkan kerugian kepada negara, jadi kita nak atasi masalah ini.

"Bila sudah atasi lebihan, kita nak naik balik ke RM800,000 (S$262,000), RM1 juta (S$328,000) atau RM2 juta (S$656,000). Ini cara kita nak lariskan penjualan. Kalau orang asing beli, mereka boleh beli tetapi kita tidak beri kerakyatan kepada mereka, mereka guna sebagai 'rumah percutian'," katanya.

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian di sidang media selepas menghadiri taklimat pembangunan Langkawi pada Ahad (13 Okt).

Semasa membentangkan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa untuk mengurangkan bekalan kondominium dan pangsapuri tidak terjual bernilai RM8.3 bilion (S$2.72 bilion) pada suku kedua 2019, kerajaan akan menurunkan had harga hartanah bangunan tinggi di kawasan bandar untuk pemilikan asing daripada RM1 juta (S$328,000) kepada RM600,000 (S$197,000) pada 2020. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita