Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada 'keprihatinan keselamatan' untuk wanita hamil guna vaksin COVID-19: WHO

Seorang pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (24 Mac) berkata bahawa terdapat tiada risiko keselamatan bagi wanita hamil yang mendapatkan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada 'keprihatinan keselamatan' untuk wanita hamil guna vaksin COVID-19: WHO

(Gambar: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 25 Mar 2021 09:45PM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 09:55PM

GENEVA: Seorang pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (24 Mac) berkata bahawa terdapat tiada risiko keselamatan bagi wanita hamil yang mendapatkan vaksin COVID-19.

Berdasarkan data sedia ada, tambah WHO, vaksin Janssen, AstraZeneca, Pfizer BionTech dan Moderna - semuanya adalah selamat.

Ini kerana vaksin-vaksin itu adalah jenis 'Messenger RNA' atau asid ribonukleik penghantar yang merangsang tubuh bertindak balas terhadap virus.

Dengan kata lain, ia tidak seperti vaksin-vaksin tradisional yang mana virus perlahan-perlahan diperkenalkan ke dalam sistem tubuh.

Dalam pada itu, pakar kehamilan tersebut Dr Ozge Tuncalp, berkata bahawa mereka yang mempunyai risiko tinggi pendedahan kepada COVID-19 "boleh mengambil vaksin jika mereka memilih untuk melakukan sedemikian". 

Sumber : Agensi berita/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan