Tiada keperluan mendesak fatwakan GISBH sesat di Terengganu, pengikut tidak ramai
Anggaran Waktu Membaca:

KUALA TERENGGANU: Terengganu masih belum memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengandungi unsur ajaran sesat, berikutan tiada keperluan mendesak susulan jumlah pengikut kumpulan tersebut yang tidak ramai di negeri itu.
Mufti Terengganu, Mohamad Sabri Harun berkata, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan dalam peringkat Majlis Fatwa Terengganu selepas pihaknya menerima resolusi daripada Majlis Raja-Raja Melayu. lapor Sinar Harian.
"Pengikut GISBH di Terengganu ini tidak begitu ketara dan terpencil. Ia tak begitu banyak dan kalau ada isu pun mereka sendiri sudah pun keluar dari Terengganu tetapi pihak berkuasa sedang memantau perjalanan mereka setakat ini.
"Jadi ia tidak begitu serius maka kita belum bawa isu ini tetapi kita akan bawa juga setelah mendapat maklumat lengkap yang akan dibawa dalam Majlis Fatwa Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2024 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu pada Aha (3 Nov).
Mengulas lanjut, Encik Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.
Beliau menambah keputusan di peringkat negeri akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, sebelum ajaran dan kepercayaan GISBH difatwakan sesat.
Ketika ditanya mengenai langkah negeri-negeri yang lain yang sudah memfatwakan gerakan GISB sebagai haram, Encik Mohamad Sabri menjelaskan ia boleh dilaksanakan mengikut keadaan di sesebuah negeri berkenaan.
"Disebabkan di Terengganu ini, (GISBH) tidak begitu ketara, ia adalah terpencil jadi maksudnya tidak begitu serius (untuk difatwakan secepat mungkin).
"Lagipun, pihak berkuasa pun ada membuat pemantauan mengenai mereka, namun kita tetap akan bincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu nanti," jelas beliau, seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Setakat ini enam negeri sudah mengisytiharkan ajaran dan amalan GISBH sebagai sesat dan bercanggah dengan Islam iaitu Perlis, Selangor, Pahang, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.