Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada keperluan kenakan akta hasutan ke atas Dr Mahathir kerana kritik kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada keperluan kenakan akta hasutan ke atas Dr Mahathir kerana kritik kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri M'sia

Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar: Bernama)


SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir Mohamad berhubung kritikan yang disuarakan mantan perdana menteri itu kepada kerajaan.

Bagaimanapun, Encik Saifuddin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu untuk dinilai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada keperluan bagi berbuat demikian.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pasukan polis, mereka yang menilai keadaan. Pada saya, tak nampak apa-apa keperluan (untuk dikenakan tindakan atas Akta Hasutan).

“Paling penting, sesiapa pun boleh bagi pandangan tapi jangan melampaui batas yang menyentuh perkara terkait dengan agama, kaum, dan institusi raja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media, mengulas tentang gesaan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang mahu Dr Mahathir dikenakan tindakan Akta Hasutan berikutan kritikan mantan perdana menteri itu kepada kerajaan pada Rabu (22 Mac).

Namun, Encik Saifuddin berkata pihaknya mengikuti dengan dekat berkenaan hasrat Dr Mahathir untuk mengadakan perhimpunan. Ini diikuti dengan mengadakan proklamasi yang memberi gambaran bahawa kuasa politik dan ekonomi Melayu semakin lemah di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Saya percaya rakyat boleh lihat sendiri apakah munasabah dakwaan itu ketika Tun (Dr Mahathir) sendiri mempunyai peluang selama 22 tahun 22 bulan. Terlalu banyak boleh dibuat kalau nak bela orang Melayu supaya tak berlaku perkara yang Tun bimbangkan.

“Jadi tidak munasabah kebimbangan itu berlaku dalam tempoh empat bulan ini,” katanya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan