Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada keperluan isytihar darurat bencana banjir di Johor, kata PM Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:

SEGAMAT: Tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Johor ketika ini meskipun angka mangsa banjir di negeri itu sudah melebihi 40,000 orang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ini kerana kebanyakan kawasan yang terjejas di negeri berkenaan sudah surut selain jangkaan hujan juga akan berkurangan.

“Keputusan kerajaan tidak umumkan darurat kerana jangkaan hujan sudah mula berkurangan dan beberapa tempat (juga) sudah mula surut.

“Walaupun ada masalah (banjir) termenung di beberapa tempat, (keadaan) itu mengambil masa tetapi tidak perlu (isytihar) darurat kerana banjir sudah mulai surut,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina SJK(C) Kampung Tengah pagi tadi.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, kerajaan juga sudah mengarahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk turut membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas khususnya di negeri Johor.

“Saya telah hubungi semua GLC penting kerajaan persekutuan termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk turun menyelesaikan masalah bekalan elektrik di kawasan yang terjejas banjir.

“Yayasan Sime Darby juga akan menyediakan kit kesihatan kepada lebih 1,500 keluarga selain mereka turut membantu mengumpulkan dana RM20 juta (S$6 juta) tambahan untuk rakyat Johor,” tambahnya.

Selain itu katanya, beliau berpuas hati dengan pengurusan bencana di negeri itu dan turut meminta semua agensi terlibat membantu sehabis baik dalam mengurangkan beban mangsa-mangsa yang terjejas.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan