Skip to main content

Dunia

Tiada kenaikan GST, jamin Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak hari ini (24 Jan) berkata kerajaannya tidak merancang untuk menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kenaikan GST, jamin Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Jan 2018 08:22PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 08:23PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak hari ini (24 Jan) berkata kerajaannya tidak merancang untuk menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) negara itu.

"Saya memberi jaminan bahawa kerajaan tiada rancangan untuk menaikkan kadar GST," Datuk Seri Najib dipetik sebagai berkata demikian oleh Malaysiakini.

Berucap di sambutan Hari Kastam Sedunia ke-36 di Putrajaya, beliau berkata pungutan GST bagi tahun 2017 adalah RM44 bilion (S$15 bilion), berbanding RM41 bilion (S$14 bilion) pada tahun 2016.

Beliau juga berkata cukai itu boleh menyelamatkan negara sekiranya berlaku kegawatan ekonomi dan ia diperkenalkan bukan bertujuan menjadi beban kepada rakyat, sebaliknya untuk menyediakan wadah bagi memperkukuh sumber-sumber kewangan kerajaan.

Tambahnya, kerajaan boleh memenuhi aspirasi rakyat dan menjalankan program-program awam jika ia mempunyai sumber-sumber kewangan yang berkembang dan stabil.

"Kalau tidak ada, kita tidak yakin dapat buat bayaran khas kepada penjawat awam. (Tanpa GST), siapa tahu, kita mungkin terjerumus dalam kegawatan ekonomi," kata beliau.

Datuk Najib mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 - yang diagihkan dua kali kepada 1.6 juta pejawat awam pada bulan Oktober lalu semasa beliau membentangkan belanjawan di parlimen.

Kadar GST Malaysia sebanyak enam peratus diperkenalkan pada bulan April 2015.

Sumber : Bernama/CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita