Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada kematian rentetan akibat pembuangan sisa toksik

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan bahawa tiada sebarang kematian dilaporkan akibat insiden pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru seperti yang tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kematian rentetan akibat pembuangan sisa toksik

Sisa kimia dipercayai dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 08:16AM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 08:18AM

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan bahawa tiada sebarang kematian dilaporkan akibat insiden pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz, turut menafikan penularan kenyataan melalui Whatsapp mengenai pengisytiharan Amaran Merah oleh pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang turut tular pada Selasa (12 Mac).

"JKNJ ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai dan menyebar maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan.

"Pihak JKNJ juga menyeru agar masyarakat lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib. Maklumat terkini mengenai keadaan akan disiarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dari semasa ke semasa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kenyataan yang tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan Amaran Merah kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang.

Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.

Kenyataan berkenaan turut menasihati orang ramai supaya memakai pelitup.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan (menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan (kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun).

"Sehubungan dengan kejadian itu (kejadian 7 Mac), pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu (pembuangan sisa toksik) agar dapat tampil membantu siasatan polis," katanya.

Pada Khamis (7 Mac), pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim menyebabkan tiga insiden di empat sekolah di Pasir Gudang, dipercayai akibat kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, sebanyak 13 buah sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup mulai hari ini (13 Mac) sehingga satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan