Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada kematian akibat COVID-19 di Kanada buat kali pertama sejak Mac

Kanada melaporkan sifar kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu buat pertama kali sejak 15 Mac, menurut data agensi kesihatan awam yang dikeluarkan pada Jumaat (11 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kematian akibat COVID-19 di Kanada buat kali pertama sejak Mac

Gambar fail sebuah pusat beli-belah di Kanada pada 24 Jun 2020 (Gambar: REUTERS/Carlos Osorio/File Photo)

Diterbitkan : 12 Sep 2020 11:44AM Dikemas Kini : 12 Sep 2020 11:53AM

TORONTO: Kanada melaporkan sifar kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu buat pertama kali sejak 15 Mac, menurut data agensi kesihatan awam yang dikeluarkan pada Jumaat (11 Sep).

Angka korban di Kanada akibat wabak itu kekal 9,163 pada 11 September, sama dengan jumlah kematian yang dilaporkan pada 10 September, menurut data pemerintah.

Namun jumlah kes positif meningkat sebanyak 702 berbanding hari sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan 135,626 kes pada 11 September menurut perangkaan itu lagi.

Kanada sedang "giat berunding" dengan syarikat pengeluar ubat-ubatan mengenai jadual penghantaran calon vaksin COVID-19 dan pengedaran akan bermula pada awal 2021 di bawah perjanjian sedia ada, kata menteri perkhidmatan awam dan pemerolehan Kanada kepada Reuters pada Khamis.

Pemerintah Kanada mengumumkan empat perjanjian pembelian vaksin dan sedang merundingkan lebih banyak perjanjian, serta pada masa yang sama membiayai projek-projek tempatan yang kurang maju, dan membangunkan keupayan penghasilan vaksin baru di sebuah kemudahan di Montreal.

Waktu tepat penghantaran bergantung pada hasil ujian klinikal, kelulusan pengawal selia pemantau dan keupayaan pengilangan, kata menteri, Anita Anand. Sekiranya kelulusan diberikan lebih awal dari yang dijangkakan, pemerintah akan merundingkan penghantaran lebih awal, tambahnya.

"Jangan ragu, pembekal menempah keupayaan penghasilan untuk membekalkan dos kepada Kanada berdasarkan jadual penghantaran yang giat dirundingkan," kata Cik Anand dalam wawancara menerusi telefon.

Kanada mempunyai perjanjian dengan pembuat vaksin Moderna, Pfizer, Novavax dan Johnson & Johnson. Cik Anand tidak mendedahkan syarikat yang dijadualkan untuk membuat penghantaran pertama, tetapi calon vaksin Pfizer dan Moderna adalah antara yang termaju.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan