Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada kelewatan dalam pelaksanaan SST, kata Lim Guan Eng

Kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September bagi mengelak akaun negara mengalami defisit, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kelewatan dalam pelaksanaan SST, kata Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar: Lua Jiamin)

Diterbitkan : 30 Aug 2018 07:49PM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 07:53PM

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September bagi mengelak akaun negara mengalami defisit, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, negara akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion (1.3 bilion) jika SST tidak dilaksanakan dan ia akan memberi kesan yang besar terhadap prestasi ekonomi kerajaan.

"Sekiranya kita tidak melakukannya, tidak ada pendapatan untuk membiayai perbelanjaan operasi seperti membayar gaji kakitangan kerajaan atau penyelenggaraan bangunan," katanya semasa taklimat mengenai SST kepada pihak media, hari ini (30 Ogos).

Bagaimanapun, kerajaan menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan rejim cukai baru itu. Encik Lim memberi jaminan bahawa isu terbabit akan dapat diselesaikan.

Encik Lim berkata, kerajaan berharap inflasi tidak akan melebihi dua peratus berikutan pelaksanaan rejim cukai tersebut.

"Tahun lalu, kadar inflasi kita berada pada 3.7 peratus, Tahun ini, kita gembira dengan dua peratus," katanya.

Bank Negara Malaysia sebelum ini mengunjurkan tahap inflasi akan mengimbangi antara dua dan tiga peratus.

Memandangkan jangkaan kutipan daripada SST dianggarkan RM21 bilion (S$7 bilion) untuk setahun penuh, manakala hasil daripada GST dijangka menjana RM42 bilion (S$14 bilion).

Encik Lim berkata, kekurangan itu akan ditampung oleh pendapatan lebih tinggi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Khazanah Nasional Bhd, di samping mengkaji semula beberapa projek mega.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, T. Subromaniam berkata, barangan yang dibeli semasa tempoh bebas cukai akan tetap dikenakan cukai jika ia diserahkan selepas pelaksanaan semula SST.

Ia selaras dengan undang-undang, apabila sesuatu perkhidmatan diberi selepas tarikh pelaksanaan (1 September) akan tertakluk kepada cukai, katanya, sambil menambah, "Ia tidak percuma kerana ia sudah dinyatakan dalam undang-undang tersebut."

Encik Subromaniam mengulas mengenai rebat tunai dan diskaun yang ditawarkan pelbagai syarikat semasa tempoh bebas cukai, menarik pengguna untuk mengambil kesempatan untuk membeli barangan mahal seperti kereta.

Beliau menegaskan bahawa cukai hanyalah satu daripada komponen yang mempengaruhi harga. Menurut beliau, terdapat juga banyak faktor penentu yang lain.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan