Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang, dedah Ketua Polis
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUANTAN: Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan bekas pengikut dan anak Ayah Pin yang berada di negeri itu.
"Polis akan terus mengesan sekiranya terdapat sebarang kegiatan ke arah mengaktifkan kembali ajaran berkenaan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran yang difatwakan sesat itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada
Media pada Isnin melaporkan terdapat dakwaan ajaran Ayah Pin yang mahu dihidupkan semula oleh pengikutnya, dan mula menular ke negeri lain termasuk Pahang iaitu di Rompin dan Pekan.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum ini mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.
Pada April 2016, Ayah Pin meninggal dunia pada usia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut Terengganu kerana sakit tua.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.