Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada kebocoran data aplikasi MySejahtera: KKM

Siasatan awal dan tindakan perlu yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mendapati penghantaran emel dan SMS palsu daripada aplikasi MySejahtera bukan disebabkan oleh kebocoran pangkalan data, sebaliknya penyalahgunaan Application Programming Interface (API).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kebocoran data aplikasi MySejahtera: KKM

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Oct 2021 07:29PM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 07:30PM

KUALA LUMPUR: Siasatan awal dan tindakan perlu yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mendapati penghantaran emel dan SMS palsu daripada aplikasi MySejahtera bukan disebabkan oleh kebocoran pangkalan data, sebaliknya penyalahgunaan Application Programming Interface (API).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa susulan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, pasukan MySejahtera meningkatkan lagi tahap keselamatan aplikasi dan laman sesawang MySejahtera bagi mengelakkan kejadian sama berulang, menukil laporan Astro AWANI.

"Susulan aduan yang diterima, pasukan MySejahtera telah melakukan siasatan awal serta tindakan-tindakan perlu dan mendapati fungsi permohonan Pendaftaran Kod QR MySejahtera Check-in tersebut telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pihak yang berkenaan telah menggunakan alamat emel atau nombor telefon secara rawak untuk melakukan proses pendaftaran.

"Sekiranya nombor telefon atau alamat emel yang dimasukkan secara rawak itu wujud, MySejahtera akan menghantar One Time Password (OTP) kepada pemilik nombor telefon atau alamat emel bagi mengesahkan pendaftaran tersebut," demikian menurut kenyataan tersebut hari ini (20 Okt), lapor Astro Awani.

Selain itu, KKM menjelaskan fungsi 'Need Help?' di dalam laman web yang sama juga disalah guna untuk menghantar emel spam secara rawak.

KKM menambah, di dalam laman sesawang MySejahtera, terdapat satu ciri atau fungsi Pendaftaran MySejahtera Check-In untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera, menurut laporan Astro AWANI.

Katanya, bagi melengkapkan permohonan tersebut, pemohon antara lain perlu memasukkan maklumat seperti alamat emel atau nombor telefon bagi mendapatkan OTP.

Terdahulu, KKM memaklumkan menerima aduan melalui helpdesk MySejahtera dan media sosial mengenai mesej OTP yang diterima untuk mengesahkan nombor telefon pengguna bagi pendaftaran Kod QR MySejahtera Check-in dan emel spam daripada khidmat bantuan MySejahtera.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan