Tiada kata sepakat berhubung semakan pakej perbelanjaan pemerintah AS
Nasib pakej bantuan COVID-19 dan pakej perbelanjaan pemerintah Amerika Syarikat bernilai AS$2.3 trilion (S$3.06 trilion) kini tergantung, setelah para anggota Republican dan Democrat dalam Dewan Perwakilan menolak cadangan perubahan yang diusulkan satu sama lain.

Bangunan Capitol Amerika Syarikat (Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Nasib pakej bantuan COVID-19 dan pakej perbelanjaan pemerintah Amerika Syarikat bernilai AS$2.3 trilion (S$3.06 trilion) kini tergantung.
Para anggota Republican dan Democrat dalam Dewan Perwakilan menolak cadangan perubahan yang diusulkan satu sama lain.
Perubahan cuba dilakukan setelah Presiden Donald Trump pada Rabu (24 Dis) memulangkan kepada Kongres rang undang-undang tersebut yang dipersetujui Dewan Perwakilan awal minggu ini.
Beliau mendesak agar perubahan besar dilakukan.
Sehubungan dengan itu para anggota Democrat menyarankan bayaran bantuan sekali sahaja kepada hampir setiap rakyat Amerika dinaikkan daripada AS$600 (S$797) kepada AS$2,000 (S$2,657) seperti yang diminta Presiden Trump.
Bagaimanapun para anggota Republican, parti Encik Trump, menolaknya.
Cadangan Republican untuk mengubah jumlah bantuan asing pula ditolak para anggota Democrat.
Antara lain, akibat daripada kebuntuan itu, 14 juta rakyat Amerika tidak akan mendapat lagi faedah pengangguran selepas esok.
Operasi agensi-agensi pemerintah federal pula terpaksa dihentikan minggu depan kerana tidak ada biaya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.