Skip to main content

Dunia

Tiada kaitan ditemui antara vaksin Pfizer-BioNTech dengan kematian warga tua di Norway

Norway menyatakan ia tidak menemui sebarang kaitan antara vaksin keluaran Pfizer-BioNTech dengan kematian beberapa orang warga tua yang menerima suntikan vaksin itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kaitan ditemui antara vaksin Pfizer-BioNTech dengan kematian warga tua di Norway

Gambar fail vaksin COVID-19 Pfizer. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 05:08PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 05:13PM

OSLO: Norway menyatakan ia tidak menemui sebarang kaitan antara vaksin keluaran Pfizer-BioNTech dengan kematian beberapa orang warga tua yang menerima suntikan vaksin itu.

Pihak berkuasa bagaimanapun sudah meminta para doktor supaya mengambil kira keadaan kesihatan warga tua sebelum melakukan suntikan vaksin tersebut.

Norway sudah melaporkan 33 kematian warga tua selepas mereka diberi suntikan vaksin.

13 daripada mereka adalah pesakit di rumah jagaan.

Mereka sudah lanjut usia, lemah dan menghidap penyakit-penyakit serius yang lain.

Para pegawai kesihatan berkata COVID-19 menimbulkan risiko yang jauh lebih berbahaya kepada para pesakit tersebut.

Sebelum ini, para pakar telah menjangkakan bahawa kematian yang berlaku selepas pemberian vaksin kepada para pesakit yang berisiko tinggi mungkin mencetuskan kekeliruan.

Jerman dan Israel juga sudah melaporkan kematian selepas vaksinasi tetapi kedua-dua negara itu juga tidak menemui kaitan antara vaksinasi dengan kematian tersebut.

Kejadian itu juga sudah menyebabkan Hong Kong dan Australia meminta lebih banyak maklumat dari syarikat pembuat vaksin berkenaan.

Sementara itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata beliau tidak akan menghalang rakyatnya daripada menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNtech.

Presiden Duterte turut menarik perhatian bahawa hampir semua orang sedang berusaha untuk mendapatkan vaksin tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita