Tiada jumlah pelancong berlebihan di Bali : Menteri Pelancongan Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
JAKARTA: Bali tidak mengalami jumlah pelancong berlebihan, meskipun pulau tersebut merupakan salah satu destinasi popular buat pelancong.
Demikian menurut Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia Sandiaga Salahuddin Uno.
"Jika kita melihat pulau ini secara keseluruhan, tidak berlaku masalah jumlah pelancong berlebihan, hanya di selatan Bali," kata Encik Uno di satu mesyuarat kementerian di Jakarta pada Jumaat (19 Apr).
Disebabkan kegiatan yang ditumpukan di Nusa Dua dan Selatan Bali, keupayaannya untuk menampung pelancong dibebankan dengan ketara, tambah Encik Uno.
Beliau berkata beberapa daerah di Pulau Bali mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan.
Pembangunan pelancongan baharu di pulau tersebut akan bantu mengimbangi jumlah pelancong dari Selatan Bali dan Nusa Dua, sekali gus meringankan beban dua lokasi itu, tambahnya.
Kementerian tersebut akan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan jumlah pelancong di barat, utara dan timur pulau itu seimbang.
"Oleh itu, beban oleh pelancong tidak hanya tertumpu di Selatan Bali," kata Encik Uno.
Kementerian itu menambah bahawa usaha mempromosikan destinasi pelancongan yang terletak di kawasan lain di Bali kepada pelancong tempatan dan asing agak sukar, terutamanya Kabupaten Badung dan Denpasar masih kekal pilihan ramai.
Beliau menekankan keperluan infrastruktur dan akses lebih mudah untuk menggalakkan pelancong untuk meneroka bahagian lain di pulau tersebut.
Encik Uno menarik perhatian bahawa promosi pelancongan 3B (Banyuwangi-Bali Barat) berjaya menarik lebih ramai pelancong ke Bali Barat.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.