Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Tiada jaminan' perjanjian gencatan senjata Gaza dapat bertahan: Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Isnin (3 Feb) bahawa 'tiada jaminan' perjanjian gencatan senjata yang rapuh di Gaza dapat bertahan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Tiada jaminan' perjanjian gencatan senjata Gaza dapat bertahan: Trump

Penduduk Palestin pulang ke rumah masing-masing di bawah perjanjian gencatan senjata Israel dengan Hamas. (Gambar: AFP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Isnin (3 Feb) bahawa 'tiada jaminan' perjanjian gencatan senjata yang rapuh di Gaza dapat bertahan.

Beliau berkata demikian sebelum pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk membincangkan tentang masa depan gencatan senjata Gaza.

PM Netanyahu melakukan lawatan ke Washington untuk mengadakan rundingan dengan pentadbiran Trump yang baharu mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, yang belum lagi dimuktamadkan.

Lebih dua minggu selepas gencatan senjata itu dilaksanakan, dua pegawai Hamas berkata kumpulan itu bersedia berunding mengenai butiran fasa kedua perjanjian tersebut, yang dapat membantu menjamin tamatnya perang Israel-Hamas.

Sebelum meninggalkan Israel, Encik Netanyahu memberitahu wartawan bahawa beliau akan membincangkan perihal 'kemenangan terhadap Hamas', menentang Iran dan pembebasan semua tebusan dalam pertemuannya dengan Encik Trump pada Selasa.

Ia adalah pertemuan pertama Encik Trump dengan seorang pemimpin luar sejak beliau menyandang jawatan sebagai Presiden, iaitu satu pengutamaan yang Encik Netanyahu katakan menggambarkan 'kekuatan pakatan Israel-Amerika'.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan