Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada Islamofobia di Indonesia, tegas menterinya

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada Islamofobia di Indonesia, tegas menterinya

(Gambar: Kementerian Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Republik Indonesia)

JAKARTA: Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Mahfud MD menekankan bahawa tiada kebimbangan melampau terhadap Islam atau Muslim di Indonesia.

"Tiada lagi rasa takut terhadap Islam kerana tiada Islamofobia di negara ini," kata beliau semasa berucap di majlis memperingati Hari Santri 2022 yang bertema Ideologi Negara, Ideologi Santri (penuntut pesantren)".

Acara itu dihoskan oleh Kementerian Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan hari ini (21 Okt), lapor Antara.

Malah, para penuntut sekolah-sekolah agama merupakan institusi diiktiraf pemerintah, dengan pemerintah mengkhususnya tarikh 22 Oktober sebagai Hari Santi, kata beliau.

"Tidak ada juga rasa malu untuk mengaku Muslim. Kalau dulu, rasanya kalau Muslim itu malu-malu, dianggap kampungan; sekarang tidak, kerana juga tidak ada Islamofobia," ujar beliau, seperti dilaporkan Antara.

Encik Mahfud berkata, pengetahuan tinggi para santri di Indonesia merupakan bukti nyata bahawa tidak pernah terjadi Islamofobia di negara itu.

"Itu semua menyangkal dakwaan bahawa wujud Islamofobia di Indonesia. Para santri dapat membangun menerusi pengetahuan tinggi khususnya disebabkan tidak ada Islamofobia di negara ini," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Islamofobia hanya berlaku dalam kalangan individu dalam masyarakat, yang mana santri - atau penuntut pesantren - dilihat sebagai orang-orang yang kolot. Beliau percaya jika itu berlaku salam individu, maka akan wujud juga fobia terhadap agama-agama lain.

"Jika ia berlaku dalam masyarakat, maka dalam masyarakat juga wujud buddhafobia, kristianofobia, hindufobia, bukan hanya Islamofobia, jika (kita melihatnya berdasarkan) kelakuan individu dalam masyarakat; tetapi negara ini tiada langsung Islamofobia," tegas Encik Mahfud, menurut laporan Antara.

Beliau berkata sekarang ini, para santri menunjukkan kemajuan luar biasa dan sudah melalui pengalaman pendidikan tinggi yang luar biasa.

"Ada yang menjadi presiden, naib presiden, meneroka pelbagai kerjaya (seperti), peruncit, pegawai, ahli akademik, pemimpin pertubuhan besar, ahli politik, gabenor, ketua daerah dan datuk bandar, serta ada yang menjadi penulis, artis, yang begitu berpengaruh di Indonesia," tambah beliau.
Sumber : Agensi berita/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan