Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada halangan anjur bazar Ramadan dalam kawasan masjid di Perak

Bazar Ramadan boleh dianjurkan dalam kawasan masjid di Perak selagi ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan syarat yang ditetapkan, ujar Menteri Besar Saarani Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada halangan anjur bazar Ramadan dalam kawasan masjid di Perak

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Feb 2022 10:07PM Dikemas Kini : 26 Mar 2022 08:29PM

IPOH: Bazar Ramadan boleh dianjurkan dalam kawasan masjid di Perak selagi ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan syarat yang ditetapkan, ujar Menteri Besar Saarani Mohamad.

Bagaimanapun katanya, penganjuran bazar berkenaan perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan oleh jawatankuasa masjid seperti prosedur biasa sebelum ini.

"Tempat itu hendaklah dipersetujui oleh jawatankuasa masjid dan mempunyai lesen yang perlu diperoleh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Walaupun dulu PBT tidak mengenakan bayaran lesen, tetapi lesen tetap kena dapatkan untuk tujuan itu (bazar Ramadan)," katanya.

Encik Saarani berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak pada Isnin (21 Feb).

Menurutnya lagi, urusan tapak dan lokasi yang bersesuaian juga bergantung kepada jawatankuasa masjid.

"Tiada masalah (bazar Ramadan), cuma tapak itu bergantung kepada keputusan jawatankuasa masjid yang berkenaan," katanya lagi.

Pada tahun lalu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memberi kebenaran membuka tapak bazar Ramadan di dalam kawasan masjid dengan syarat mendapat khidmat nasihat daripada PBT di daerah masing-masing.

Pengarahnya, Mohd Yusop Husin, berkata perkara itu diserahkan kepada jawatankuasa masjid untuk mengadakan perbincangan dengan PBT.

Ia sekali gus menggalakkan pihak masjid menganjurkan bazar sepanjang bulan Ramadan sebagai satu aktiviti dan sumber ekonomi kepada masjid dalam tempoh pandemik.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan