Tiada cuti khas pada hari pengundian Parlimen Padang Serai, kata Menteri Besar Kedah
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. (Gambar: Bernama)
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Padang Serai yang akan berlangsung pada 7 Disember nanti.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata ia adalah kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri ini.
“Tak dapat dipertimbangkan sebab satu Parlimen saja. Cuti ini ada kuota terhad,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama pada Ahad (27 Nov).
Beliau diminta mengulas cadangan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan supaya kerajaan negeri itu mengumumkan cuti khas pada 7 Disember bagi memudahkan pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan pengundian diadakan pada hari Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Dis, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang disahkan bertanding M. Karupaiya pada 16 November lalu.
Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan enam penjuru yang melibatkan calon Pakatan Harapan, Bersatu, Barisan Nasional, Pejuang, Parti Warisan dan seorang calon Bebas, namun Warisan kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian tetapi logo parti itu masih akan tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai satu daripada parti yang bertanding.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.