Tiada bukti minyak Iran dipindahkan di perairan Malaysia, tegas PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
DOHA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Selasa (14 Mei) berkata tiada secebis pun bukti yang menunjukkan bahawa minyak Iran, yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, dipindahkan dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.
"Tiada secebis pun bukti mengenai (penggunaan) kaedah pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan antarabangsa (berhampiran Malaysia).
"(Namun) kita tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau mereka," katanya dalam sesi yang dikendalikan oleh Haslinda Amin di Forum Ekonomi Qatar di Doha pada Selasa.

Beliau menjawab soalan mengenai kebimbangan Washington yang antara lain mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran, yang berdepan sekatan di perairan negara.
Minggu lepas, Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil berkata kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.
Minggu lepas, Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil berkata kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.
Encik Anwar, yang berada di Doha sejak Ahad (12 Mei), mengakhiri lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar pada Selasa.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.