Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada bukti masalah ketumbuhan PM Muhyiddin berulang

Tiada bukti yang menunjukkan masalah tumor lama yang dihidapi Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berulang, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Malaysia hari ini (4 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bukti masalah ketumbuhan PM Muhyiddin berulang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 04 Jul 2021 02:31PM Dikemas Kini : 04 Jul 2021 02:32PM

KUALA LUMPUR: Tiada bukti yang menunjukkan masalah tumor lama yang dihidapi Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berulang, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Malaysia hari ini (4 Jul).

Menurut kenyataan itu, PM Muhyiddin yang dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

"Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

"Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Encik Muhyiddin yang dijangka akan dibenarkan keluar hospital dalam tempoh beberapa hari lagi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan