Tiada berani tampil sahut cabaran cabut tayar dari leher buaya
Indonesia membatalkan satu pertandingan yang menawarkan ganjaran wang tunai kepada individu berani yang berjaya mengeluarkan tayar motosikal yang tersangkut pada leher seekor buaya liar sepanjang empat meter.
(Gambar: Agensi berita)
PALU: Indonesia membatalkan satu pertandingan yang menawarkan ganjaran wang tunai kepada individu berani yang berjaya mengeluarkan tayar motosikal yang tersangkut pada leher seekor buaya liar sepanjang empat meter.
Menurut pihak berkuasa Palu, tiada sesiapa yang tampil menyahut cabaran tersebut.
Pertandingan itu diumumkan pada bulan lalu tetapi ia menjadi tajuk berita utama hanya minggu lalu apabila ganjaran yang tidak diumumkan nilainya ditawarkan.
Agensi pemuliharaan tempatan memberikan beberapa butiran mengenai ganjaran itu - atau bagaimana orang awam boleh cuba melaksanakan cabaran yang berbahaya itu, namun ketua agensi berkenaan berkata wang ganjaran itu dikeluarkan daripada poketnya sendiri.
Para pencinta pemuliharaan khuatir buaya itu lama kelamaan tercekik tayar itu setelah percubaan sejak beberapa tahun menemui jalan gagal.
Khabar angin tersebar luas kononnya seorang personaliti televisyen popular iaitu Panji the Explorer dari Indonesia, berminat untuk melakukan satu lagi percubaan menyelamatkan buaya itu setelah percubaan pertamanya gagal dua tahun lalu.
Menurut para pegawai, sebuah pasukan dari Kementerian Persekitaran akan menggandakan usaha bagi menyelamatkan buaya tersebut.
"Pertandingan itu kini dibatalkan," kata Ketua Agensi Pemuliharaan Pusat Sumber Alam Semulajadi, Hasmuni Hasmar.
"Namun kini kita mendapat sokongan daripada Kementerian dan pakar pemerintah untuk membantu kami."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.