Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada bazar Ramadan di seluruh M'sia sepanjang PKP, tegas Menteri Kanan Ismail Sabri

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin memutuskan semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bazar Ramadan di seluruh M'sia sepanjang PKP, tegas Menteri Kanan Ismail Sabri

Orang ramai membeli makanan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Lumpur. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 13 Apr 2020 05:12PM Dikemas Kini : 13 Apr 2020 05:16PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin memutuskan semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP di negara itu.

“Kerajaan telah mendengar pandangan rakyat. Kerajaan juga mendapat nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan badan bukan kerajaan mengenai perkara seperti ini,” kata Encik Ismail Sabri selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini (13 Apr).

Dengan keputusan itu, tambah beliau, diharap akan menjawab segala persoalan dan keresahan dalam kalangan rakyat berkaitan isu berkenaan.
 
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Jumaat lalu membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan termasuk kedai gunting rambut dan kedai cermin mata beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan serta kawalan pergerakan yang ketat pada pelaksanaan PKP fasa tiga.

Mengenai rayuan para pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta yang ingin pulang ke kampung, Encik Ismail Sabri berkata kerajaan sudahpun memutuskan para pelajar untuk terus kekal di universiti masing-masing.

"insya-Allah, kebajikan, makan dan minum para pelajar akan ditanggung kerajaan," ujar beliau.

Menteri Kanan itu menjelaskan semua keputusan itu adalah bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian dan membendung jangkitan COVID-19 berjaya.

Beliau berkata jika berlaku pergerakan besar-besaran, tentu sukar bagi pihak polis melakukan pemantauan dan kemungkinan akan muncul kelompok baru COVID-19.

"Saya harap rakyat dan para pelajar semua faham semua tindakan ini adalah kerana untuk menjaga kepentingan mereka, keluarga serta masyarakat apabila mereka pulang ke kampung," katanya. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan