Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada bazar Ramadan di Johor tahun ini

Kerajaan Johor pada Selasa (14 Apr) memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bazar Ramadan di Johor tahun ini

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Apr 2020 03:12PM Dikemas Kini : 14 Apr 2020 03:14PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor pada Selasa (14 Apr) memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata tindakan diambil itu selaras dengan saranan kerajaan Persekutuan agar tidak menganjurkan Bazar Ramadan pada tahun ini.

Beliau berkata keputusan itu sebagai langkah kawalan terhadap kemungkinan berlaku penularan wabak COVID-19 akibat kontak rapat, sekali gus mengundang risiko lebih besar kepada pengunjung dan rakyat.

“Bagaimanapun, saya menggalakkan peniaga untuk menjalankan perniagaan masing-masing secara dalam talian.

“Ia juga merupakan peluang bagi mereka meneroka potensi pasaran yang amat luas menerusi dalam talian,” katanya dalam hebahan awam harian mengenai COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook “Makmur Johor”, di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, pendirian kerajaan negeri berhubung penganjuran Bazar Ramadan masih samar apabila tiada kata putus terhadap perkara tersebut.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini mengumumkan bahawa Bazar Ramadan tidak sesuai diadakan menyusuli penularan wabak COVID-19 ketika ini. 

Sumber : Bernama/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan