Skip to main content

Dunia

Tiada bakteria Salmonella di ladang ayam CEM 014: Jabatan Perkhidmatan Veterinar M'sia

Agensi Makanan S'pura baru-baru ini arah telur dari Linggi Agriculture Farm itu ditarik balik setelah bakteria Salmonella dikesan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bakteria Salmonella di ladang ayam CEM 014: Jabatan Perkhidmatan Veterinar M'sia

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 02 Apr 2021 04:45PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 04:48PM

PUTRAJAYA: Tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Menurut JPV keputusan itu diperoleh selepas ujian dijalankan ke atas sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang diambil dari ladang ayam penelur tersebut.

"Program pemantauan Salmonella ke atas 276 ladang ayam penelur seluruh negara dipertingkatkan bagi mempastikan bekalan dan keselamatan telur yang dipasarkan," kata JPV dalam kenyataan di sini hari ini.

JPV juga menasihati pengguna supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.

Katanya pencemaran SE boleh berlaku di peringkat ladang disebabkan amalan penternakan kurang baik, aspek biosekuriti dan kebersihan ladang atau di sepanjang rantaian pemasaran disebabkan pengendalian telur kurang bersih.

Dilaporkan baru-baru ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari Linggi Agriculture di Malaysia (CEM 014) selepas mengesan adanya SE dalam produk terbabit.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita