Tiada arahan wajibkan rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak: Fahmi Fadzil
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
KUALA LUMPUR: Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19, seperti yang tular di media sosial ketika ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat masa ini, hanya menggalakkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.
“Ini sedikit salah faham yang berlaku akibat media sosial, sebelum kita sebar maklumat, tolong pastikan kandungan sebenar, kadang-kadang antara tajuk dan isi kandungan dia agak berbeza, dan saya sarankan supaya kita teliti dahulu (kandungan),” katanya kepada wartawan di Wisma Bernama hari ini (18 Dis).
Encik Fahmi berkata, beliau juga akan bertemu Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad, bagi menyarankan beliau untuk mengadakan perjumpaan dengan ketua pengarang akhbar dan media di negara itu, dalam memperjelas isu berkaitan dos penggalak tersebut.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.