Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada amaran tsunami susuli gempa 6.1 Richter di tengah Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.1 skala Ricther dikesan di bahagian tengah Jepun pada Isnin (14 Nov), mengegarkan Tokyo serta bandar lain, kata pegawai pemerintah, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa tersebut berlaku pada pukul 5.09 petang di Wilayah Mie pada kedalaman sekitar 350 kilometer, menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Tiada laporan mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan dan tiada kejanggalan dikesan di loji nuklear Fukushima, menurut penyiar awam NHK.

Kereta api laju dan kereta api bawah tanah Tokyo dihentikan buat seketika selepas gempa tersebut, namun kini perkhidmatan sudah disambung semula.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan