Skip to main content

Dunia

Tiada ahli PAS terlibat GISBH, hanya bekas ahli

Anggaran Waktu Membaca:
SELANGOR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan bahawa tiada ahli mahu pun pemimpin parti itu yang terlibat dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau berkata ada beberapa individu yang dikesan terlibat dengan GISBH selepas mereka keluar daripada PAS.

“Tidak ada ahli PAS yang terlibat dengan GISBH, yang terlibat dengan GISBH ini yang sudah keluar daripada PAS,” katanya seperti dinukil laporan Malaysiakini.

Encik Ahmad Fadhli berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS ke 70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, pada Sabtu (5 Okt).

Menurut laporan Malaysiakini, beliau telah mengulas sama ada terdapat ahli atau pemimpin parti itu yang didapati terlibat dalam GISBH iaitu pergerakan yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Sebelum ini media melaporkan pihak polis telah melancarkan Op Global awal bulan lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan, dan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita