Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada agenda pecat Zahid Hamidi dalam mesyuarat UMNO, kata Asyraf Wajdi

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada agenda pecat  Zahid Hamidi dalam mesyuarat UMNO, kata Asyraf Wajdi

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki . Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan yang mengatakan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu malam (23 Nov) diadakan bagi membincangkan agenda pemecatan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, lapor Astro AWANI.

Sebaliknya beliau berkata, kepimpinan parti akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) ke arah pembentukan kerajaan.

"Tidak ada agenda seperti itu (mendesak Presiden) yang minta letak jawatan. Apa yang akan dibincangkan malam ini hanya berkisar tentang tawaran daripada PN dan PH.

"Namun apa yang paling penting adalah titah Yang di-Pertuan Agong, yang menitah supaya BN dapat bentuk kerajaan perpaduan demi rakyat dan kemakmuran negara," katanya ketika ditemui di ibu pejabat UMNO, di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, menurut laporan Astro AWANI itu lagi, Encik Asyraf Wajdi menjelaskan, 10 Ahli Parlimen Malaysia yang menyatakan sokongan kepada PN sebelum ini telah mendatangani akuan bersumpah untuk menarik balik sokongan kepada gabungan itu.

Menurutnya, setiap individu yang dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia mendatangani empat dokumen yang mana secara jelas menjelaskan sokongan mereka pucuk kepimpinan parti secara kolektif.

"Ini termasuk memberi mandat kepada keputusan yang diambil presiden parti. Jadi tindakan mereka menyatakan sokongan kepada PN, sebenarnya kalau mengikut dokumen BN yang ditandatangi, mereka sendiri bersetuju untuk melepaskan jawatan dengan melanggar disiplin parti," jelasnya seperti dinukil laporan Astro AWANI.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata Encik Ahmad Zahid harus mendengar luahan dan pandangan pemimpin serta ahli akar umbi yang mendesak beliau untuk berundur daripada parti.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata Encik Ahmad Zahid tidak wajar menutup telinga, tanpa memberi sebarang kata putus terhadap desakan kepadanya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan