Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Theresa May pecat menteri pertahanan susuli pembocoran maklumat Huawei

Perdana Menteri Britain Theresa May pada Rabu (1 Mei) memecat Menteri Pertahanan Gavin Williamson menyusuli siasatan terhadap pembocoran maklumat yang mendakwa negara itu secara bersyarat membenarkan syarikat China Huawei untuk membangunkan rangkaian 5G di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Theresa May pecat menteri pertahanan susuli pembocoran maklumat Huawei

Gambar fail Encik Gavin Williamson, bekas menteri pertahanan Britain (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 May 2019 09:17AM Dikemas Kini : 02 May 2019 09:22AM

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May pada Rabu (1 Mei) memecat Menteri Pertahanan Gavin Williamson menyusuli siasatan terhadap pembocoran maklumat yang mendakwa negara itu secara bersyarat membenarkan syarikat China Huawei untuk membangunkan rangkaian 5G di Britain.

"Perdana Menteri petang ini telah meminta Gavin Williamson supaya melepaskan jawatan, setelah hilang kepercayaan terhadap keupayaannya untuk menggalas tugas Menteri Pertahanan dan sebagai anggota Kabinet," menurut seorang jurucakap Downing Street.

Cik May dalam suratnya kepada Encik Williamson berkata bahawa siasatan "menemui bukti kukuh yang memberi gambaran tentang tanggungjawab anda berhubung pendedahan tanpa kebenaran" daripada hasil perbincangan Majlis Keselamatan Negara (NSC) pada 23 April.

"Tiada alasan lain bagi menjelaskan pembocoran maklumat tersebut.”

"Perkara ini sangat serius dan mengecewakan," tambah beliau. Encik Williamson kini berdepan dengan kemungkinan disiasat atas tuduhan jenayah.

"Hal ini perlu dirujuk kepada Polis Metropolitan bagi siasatan jenayah menyeluruh berhubung pelanggaran Akta Rahsia Rasmi," kata ketua parti Liberal Demokrat, Vince Cable.

Encik Williamson menjawab Cik May melalui sepucuk surat, yang menyatakan beliau "kecewa anda fikir bahawa pembocoran maklumat baru-baru ini" berpunca daripada kementerian pertahanan.

"Saya menolak dakwaan yang mengatakan saya terlibat dalam pembocoran maklumat ini, dan saya yakin siasatan rasmi dan menyeluruh akan membuktikan kebenaran saya."

Beliau turut mendedahkan bahawa Cik May memberikannya peluang untuk meletak jawatan namun beliau enggan berbuat demikian kerana ia seakan mengaku bersalah.

Cik Penny Mordaunt (Gambar: AFP)

(Gambar: AFP)

Downing Street kemudian mengumumkan Cik Penny Mordaunt, Menteri bagi Wanita dan Kesamarataan akan menggantikan Encik Williamson, sekaligus menjadi wanita pertama untuk memegang jawatan menteri pertahanan.

Britain awal sebelum ini digemparkan dengan skandal pembocoran maklumat yang mendakwa bahawa Cik May memberi kebenaran kepada Huawei untuk membangunkan rangkaian 5G.

Keputusan itu dipercayai dibuat semasa satu mesyuarat NSC.

Mesyuarat NSC hanya dihadiri menteri-menteri kanan dan pegawai keselamatan yang menandatangani Akta Rahsia Rasmi yang mewajibkan mereka merahsiakan perbincangan privet.

Bagaimanapun akhbar The Daily Telegraph melaporkan bahawa Cik May mengizinkan Huawei untuk membangunkan elemen-elemen bukan asas bagi rangkaian telekomunikasi 5G Britain.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan