Skip to main content

Dunia

Theresa May gagal dapat sokongan parlimen bagi Brexit

Perdana Menteri Britain Theresa May pada Khamis (14 Feb) mengalami satu lagi kekalahan di Parlimen berhubung strategi Brexit, dengan tinggal 43 hari sebelum negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Anggaran Waktu Membaca:
Theresa May gagal dapat sokongan parlimen bagi Brexit

Perdana Menteri Britain Theresa May mendapat tentangan Britain keluar dari Kesatuan Eropah. (Gambar: Emmanuel Dunand/AFP)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 12:11PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 12:14PM

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May pada Khamis (14 Feb) mengalami satu lagi kekalahan di Parlimen berhubung strategi Brexit, dengan tinggal 43 hari sebelum negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Dewan Rakyat mengundi 303 anggota yang menentang berbanding 258 undi yang menyokong strategi Cik May sedang beliau membuat percubaan saat-saat akhir untuk merundingkan semula perjanjian Brexit dengan EU.

Ketua pembangkang Jeremy Corbyn berkata kekalahan itu menunjukkan "tiada (sokongan) majoriti bagi langkah-langkah PM dalam menangani Brexit."

"Beliau tidak boleh membuang masa begitu saja dan mengharapkan sesuatu huraian akan muncul untuk menyelamatkan maruahnya," kata Encik Corbyn.

Jurucakap Downing Street berkata kerajaan akan terus membuat perubahan pada perjanjian Brexit yang dipersetujui Cik May dengan EU sebelum ini, namun masih belum dapat meyakinkan para anggota parlimen "untuk memastikan kita dapat berpisah mengikut jadual pada 29 Mac."

Ketua pro-Brexit Liam Fox memberi amaran kepada rakan-rakan sekerjanya bahawa kekalahan itu akan menimbulkan kesangsian mengenai sama ada perjanjian baru akan diluluskan Parlimen. Ini sekaligus akan membuat EU lebih keberatan untuk membuat tawaran baru.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita