Thaksin Shinawatra boleh mohon pengampunan Diraja
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Manan VATSYAYANA)
BANGKOK: Mantan perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra boleh mendapatkan pengampunan Diraja dan proses itu akan mengambil masa satu hingga dua bulan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong, tempoh itu bergantung sama ada jumlah dokumen yang diserahkan mencukupi.
Encik Thaksin memohon pengampunan diraja sejurus menjalani hukuman penjara.
Permohonan pengampunan Diraja akan dikemukakan kepada jawatankuasa Jabatan Pemulihan.
Jawatankuasa itu akan serahkan permohonan tersebut kepada Kementerian Kehakiman dan kemudian perdana menteri akan mengemukakannya untuk pertimbangan Majlis Privy.
Semalam (22 Ogos), Mahkamah Agung Thailand menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Encik Thaksin yang kembali semula ke Thailand selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Ayuth Sintoppant berkata keadaan kesihatan Encik Thaksin sedang dipantau.
Mantan perdana menteri Thailand itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah jantung, paru-paru, tekanan darah tinggi dan tulang belakang.
Beliau kemudian dibawa ke Penjara Reman Bangkok.
Encik Thaksin berada di dalam bilik persendirian di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok untuk dipantau kesihatannya.

Sumber : Bernama/LL/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.