Skip to main content

Dunia

Thaksin sakit dada ketika ditahan di wad perubatan penjara Bangkok

Anggaran Waktu Membaca:
Thaksin sakit dada ketika ditahan di wad perubatan penjara Bangkok

Mantan PM Thai Thaksin Shinawatra tiba di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok pada 22 Ogos 2023. (Gambar fail: Lillian Suwanrumpha/AFP)

BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan susulan bagi masalah kesihatannya.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong berkata Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok.

Selepas mempertimbangkan rekod perubatannya, doktor berpendapat Thaksin perlu mendapatkan rawatan di hospital yang dilengkapi peralatan perubatan yang lebih baik.

“Thaksin dibawa ke Police General Hospital pada 12.20 pagi (waktu tempatan) pada Rabu. Kakitangan penjara turut ditempatkan selaras dengan peraturan Jabatan Pemulihan,” katanya.

Thaksin, 74 tahun, kembali ke Thailand pada Selasa (22 Ogos) selepas 15 tahun hidup dalam buangan.

Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas mantan perdana menteri itu.

Pihak hospital turut mengesahkan Thaksin memerlukan rawatan segera.

“Thaksin tiba di hospital kira-kira 1.00 pagi (waktu tempatan) pada Rabu,” menurut pihak hospital.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita