Skip to main content

Dunia

Thaksin pulang ke Bangkok jelang keputusan mahkamah

Mantan Perdana Menteri Thailand yang berpengaruh, Thaksin Shinawatra pulang ke tanah air pada Isnin (8 Sep), menjelang keputusan penting mahkamah tertinggi negara itu yang mungkin menyaksikan beliau dihukum penjara.

Anggaran Waktu Membaca:
Thaksin pulang ke Bangkok jelang keputusan mahkamah

Mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, keluar dari terminal jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok, pada 8 September 2025. (Gambar: REUTERS/Arnun Chonmahatrakool)

BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand yang berpengaruh, Thaksin Shinawatra pulang ke tanah air pada Isnin (8 Sep), menjelang keputusan penting mahkamah tertinggi negara itu yang mungkin menyaksikan beliau dihukum penjara.

Encik Thaksin meninggalkan Thailand pada minggu lalu selepas parti dinasti politiknya disingkirkan daripada pemerintah, sekali gus mencetuskan spekulasi beliau melarikan diri daripada siasatan Mahkamah Agung yang sedang menyiasat sama ada beliau sudah menjalani hukuman penjara sewajarnya.

Keputusan siasatan itu dijangka diumumkan pada Selasa (9 Sep).

Walaupun siasatan tersebut bukan untuk membuktikan kesalahannya, para penganalisis berkata keputusan mahkamah itu tetap boleh menyebabkannya dihukum penjara.

Namun rakaman televisyen pada platform media Thailand menunjukkan Encik Thaksin, 76 tahun tiba di Lapangan Terbang Don Mueang dengan menaiki jet peribadi pada petang Isnin dan beliau berikrar untuk menghadiri prosiding mahkamah itu secara fizikal.

Selama dua dekad keluarga Shinawatra menjadi seteru utama golongan elit pro-tentera dan pro-diraja Thailand yang menganggap kedudukan populis mereka sebagai ancaman kepada
tatanan sosial tradisional.

Namun, momentum dinasti itu semakin melemah selepas ia berdepan pelbagai cabaran undang-undang dan politik, dengan keputusan mahkamah menjadi satu lagi tamparan kepada dinasti itu selepas parti Pheu Thai disingkirkan daripada kerajaan pada minggu lalu.
Sumber : AP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita