Thaksin akan ditahan sejurus tiba di Thailand, kata Ketua Polis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Isaac Lawrence / AFP)
BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand yang hidup dalam buangan Thaksin Shinawatra akan ditahan sejurus beliau tiba di negara itu pada Selasa (22 Ogos).
Encik Thaksin, 74 tahun, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dengan menaiki jet peribadi pada 9.00 pagi (waktu tempatan).
Ketua Polis Negara Pol Jen Damrongsak Kittipraphat berkata Polis Imigresen akan menahan Encik Thaksin dan memindahkannya ke Bahagian Polis Metropolitan 2 di mana rekod ketibaannya akan dicatat.
Beliau berkata mantan Perdana Menteri itu akan diiringi ke Mahkamah Agung untuk disahkan seperti yang dikehendaki di bawah waran mahkamah.
Encik Damrongsak berkata mahkamah kemudiannya akan mengeluarkan waran tahanan dan menyerahkan mantan Perdana Menteri itu kepada Jabatan Pembetulan sebelum dipindahkan ke Penjara Reman Bangkok sementara menunggu prosiding undang-undang selanjutnya.
"Keselamatan akan ditingkatkan sepanjang prosedur ini," katanya.
Penyokong Encik Thaksin telah berkhemah di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada Isnin.
Media tempatan melaporkan sebilangan besar penyokong baju merah dari Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) dari beberapa wilayah akan pergi ke lapangan terbang untuk menyambut mantan PM itu pada Selasa.
Dalam pada itu, jurucakap Pejabat Kehakiman Sorawis Limparangsi berkata Encik Thaksin dijangka tiba di Mahkamah Agung pada 10.30 pagi (waktu tempatan) dan kamar mahkamah akan dibuka hanya kepada plaintif dan saudara-mara defendan.
Beliau berkata semua petugas media perlu menunggu di luar mahkamah.
"Mahkamah Agung akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kes itu, termasuk butiran pertimbangan mahkamah terhadap kes itu," katanya.
Sementara itu, Penjara Reman Bangkok pada Isnin mengumumkan akan menangguhkan lawatan banduan ke penjara itu pada Selasa bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tempat Encik Thaksin dijangka dipindahkan.
Dijangka sebilangan besar penyokong beliau akan berkumpul di hadapan penjara yang terletak di Jalan Ngamwongwan di daerah Chatuchak.
Encik Thaksin menerusi hantaran di X (Twitter) berkata bahawa beliau akan kembali ke Thailand pada Selasa 9.00 pagi (waktu tempatan)
"Saya memohon kebenaran untuk kembali ke Thailand dan tinggal di bumi Thailand serta menghirup udara yang sama seperti saudara saya di Thailand," tulisnya.
Encik Thaksin, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan oleh tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.
Beliau meninggalkan Thailand pada Ogos 2008 untuk mengelak daripada berdepan hukuman penjara.
Mantan PM itu berdepan hukuman penjara 10 tahun atas sabitan kesalahannya oleh Bahagian Jenayah Mahkamah Agung dalam tiga kes berasingan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.