Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand terbit panduan penggunaan ganja

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Thailand menerbitkan garis panduan bagi pelawat tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan dengan penggunaan dan pemilikan ganja di negara itu.

Infografik berbahasa Inggeris yang terjemahannya bertajuk "10 Perkara Yang Perlu Pelancong Tahu tentang Ganja di Thailand" diterbitkan di laman web Kementerian Kesihatan Awam Thailand.

Ia antara lain menekankan bahawa dilarang menghisap ganja di tempat awam, termasuk sekolah dan pusat beli-belah.

Menurut Pemberitahuan Jabatan Kesihatan, menghisap ganja di khalayak ramai untuk tujuan rekreasi boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau didenda 25,000 baht (S$990) atau kedua-duanya sekali.

Garis panduan itu turut menekankan bahawa menanam ganja dibenarkan tetapi individu harus mendaftar dalam aplikasi 'Plook Ganja' Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan atau melalui laman web kerajaan.

Ia juga menyatakan bahawa membawa benih atau bahagian tumbuhan ganja keluar masuk Thailand untuk tujuan peribadi tidak dibenarkan.

“Hanya ganja yang ditanam di Thailand dikeluarkan daripada senarai dadah narkotik. Bagaimanapun, tumbuhan ganja yang diimport masih termasuk dalam senarai dadah.

"Mengimport benih ganja memerlukan kebenaran daripada Kementerian Pertanian dan Koperasi," menerutnya.

Panduan itu juga menerangkan bahawa hanya produk kesihatan ganja yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thai (FDA) boleh dijual. Produk ganja perubatan boleh didapati di hospital/klinik dan farmasi awam dan swasta.

“Pelancong yang melawat Thailand diminta mematuhi peraturan ganja yang ditetapkan Thailand atas sebab keselamatan. Apabila pulang ke negara asal mereka, pelawat harus menyemak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan dan pemilikan ganja dan produk ganja di negara mereka,” menurut panduan itu.

Pada 9 Jun 2022, Thailand menjadi negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja selepas FDA mengeluarkan ganja dari senarai dadah Kategori 5.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Narong Apikulwanich berkata panduan itu akan diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, Korea, Jepun dan Rusia.

"Kementerian membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan kajian, tetapi masih melarang penggunaan dadah rekreasi," kata Dr Narong
.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan