Skip to main content

Dunia

Thailand tangkap pedofil, rampas lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak

 Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan merampas lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam peranti di wilayah tengah Pathum Thani.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand tangkap pedofil, rampas lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Feb 2021 09:49PM Dikemas Kini : 12 Feb 2021 09:50PM

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan merampas lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam peranti di wilayah tengah Pathum Thani.

Menurut akhbar Bangkok Post, suspek, yang juga pemilik agensi peragaan kanak-kanak, ditangkap dan didakwa semalam kerana memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak serta mencabul ribuan mangsa berusia bawah 13 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Khas (DSI) Korawat Panprapakorn berkata pihak berkuasa memulakan siasatan selepas Polis Persekutuan Australia memaklum dan memberikan satu imej pornografi kanak-kanak.

Menurutnya hasil sokongan teknikal daripada ‘Operation Underground Railroad (OUR)’, sebuah badan bukan pemerintah (NGO) berpangkalan di California, Amerika Syarikat, membantu pihaknya mengesan dan menangkap suspek di pejabat agensi peragaannya.

“Kami menemukan kamera, sebuah studio dan lebih 500,000 video dan imej pornografi kanak-kanak di premis berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Korawat menasihatkan ibu bapa yang tidak dapat hadir pada sesi fotografi anak-anak mereka supaya selidik dan mengesahkan latar belakang agensi peragaan.

Beliau berkata DSI akan bekerjasama dengan NGO untuk memberi sesi kauseling kepada kanak-kanak yanga menjadi mangsa serangan seksual tersebut.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita