Thailand, Sri Lanka peringati lebih 43,000 mangsa tsunami 2004
Bencana tsunami yang berlaku pada tanggal 26 Disember 2004 turut meninggalkan parut luka yang mendalam dalam sejarah Thailand.
Anggaran Waktu Membaca:
![Thailand, Sri Lanka peringati lebih 43,000 mangsa tsunami 2004 Thailand, Sri Lanka peringati lebih 43,000 mangsa tsunami 2004](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--QZsCKPot--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/12/26/thailand_tsunami_0.jpg?itok=DSBHYIjp)
(Gambar: AFP)
THAILAND: Bencana tsunami yang berlaku pada tanggal 26 Disember 2004 turut meninggalkan parut luka yang mendalam dalam sejarah Thailand.
Para penduduk berkumpul pada Khamis (26 Dis) bagi memperingati mangsa tsunami itu.
Satu upacara peringatan diadakan di Ban Nam Khem, sebuah perkampungan nelayan kecli yang terletak di wilayah Phang Nga di Thailand.
Bencana tsunami itu menyebabkan kematian lebih 8,000 orang di Thailand, termasuk ramai yang masih hilang.
Hampir 400 mayat pula masih belum dituntut.
Sementara itu di Sri Lanka, mangsa tsunami yang terselamat dan anggota keluarga mereka berhimpun di sebuah perkampungan di pantai selatan Sri Lanka.
Lebih 35,000 orang terkorban, termasuk hampir 2,000 orang apabila sebuah kereta api penumpang yang dinaiki dihanyutkan ombak.
Tugu peringatan di perkampungan pantai Pereliya, yang terletak kira-kira 11 kilometer di barat daya ibu kota Colombo, berfungsi sebagai peringatan jelas tentang tragedi tsunami yang berlaku pada 2004.

Sumber : AFP/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.