Thailand sita 100,000 liter diesel milik syarikat Malaysia di Songkhla
Pihak berkuasa Thailand pada Sabtu (4 Apr) menyita 100,000 liter diesel milik sebuah syarikat logistik Malaysia di Sadao, Songkhla dan menahan seorang pekerja warga Thailand bagi membantu siasatan.
Pihak berkuasa Thailand pada 4 April 2026 menyita 100,000 liter diesel milik sebuah syarikat logistik Malaysia di Sadao, Songkhla. (Gambar: Bernama)
Gabenor Wilayah Songkhla, Rattasart Chotchu berkata aduan orang ramai membawa kepada risikan dan operasi bersama polis, tentera serta pihak berkuasa tempatan pada Sabtu pagi.
Dalam operasi itu, pihak berkuasa menemukan diesel yang disembunyikan di dalam tangki bawah tanah milik syarikat berkenaan.
“Siasatan mendapati syarikat berkenaan, yang dimiliki oleh warga Malaysia, menyembunyikan sebanyak 100,000 liter diesel tanpa lesen yang sah,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata siasatan awal mendapati syarikat itu mendapatkan diesel dari Malaysia dan dipercayai menyeludupnya masuk ke Thailand.
Encik Rattasart berkata polis Wilayah 9 menyita bahan api berkenaan dan menahan pekerja syarikat itu untuk disiasat mengikut Akta Kawalan Bahan Api 1999 kerana memiliki dan menyembunyikan bahan api tanpa kebenaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.